Thursday 20 June 2013

RUJUKAN

Jabatan Agama Islam Perlis
Kompleks Islam,
Persiaran Jubli Emas,
01000 Kangar, Perlis.

Tel     : 04-979 4400
Faks   : 04-976 1344

Bahagian Pendidikan Islam
Jabatan Pelajaran Perlis,
Jalan Tun Abdul Razak,
01990 Kangar,Perlis.

Tel.       : 04-973 7777
faks      : 04-976 7080
SURAT BERDAFTAR DENGAN JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI PERLIS



GAMBAR BANGUNAN SEKOLAH DAN ASRAMA


Asrama Pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Saadah (MTANS)






Kelas Pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Saadah (MTANS)
GAMBAR PELAJAR


Antara Wajah-wajah Pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Saadah (MTANS)
SEJARAH

Gambar Allahyarham Tuan Guru Haji Abdullah bin Hussien dan Isteri Allahyarham Hajah Zainab binti Che Wi
Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Saadah (MTANS) ini telah ditubuhkan pada tahun 1990, hasil usaha pengasasnya iaitu Allahyarham Tuan Guru Haji Abdullah bin Hussien. MTANS merupakan institusi kedua yang ditubuhkan atas usaha beliau selepas Sekolah Rendah Islah di Bohor Mali, Perlis iaitu pada tahun 1980.
          Allahyarham Tuan Guru dilahirkan pada 25 September 1928 dan berasal dari Sungai Limau, Yan, Kedah. Beliau mendirikan rumah tangga dengan Hajah Zainal binti Che Wi(Allahyarhamah) yang berasal dari Negeri Perlis dan dikurniakan seramai 8 orang anak.
          Allahyarham Tuan Guru merupakan seorang yang sangat cintakan ilmu. Ini membuktikan apabila beliau tidak jemu-jemu belajar dari satu peringkat ke peringkat yang lebih tinggi.
          Setelah Allahyarham tamat belajar di Madrasah Al-Khairiah, Pokok Sena, Kedah, beliau kemudiannya berkhidmat di salah sebuah sekolah di Negeri Kedah. Setelah itu beliau berhasrat menyambung pelajaranya ke peringkat yang lebih tinggi.
  Tercapailah cita-citanya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi iaitu di Makkah, Arab Saudi setelah beliau ditawarkan belajar di Maahad Al-Elmi, Makkah. Setelah tamat, Allahyarham Tuan Guru kemudiannya menyambung penyajian ke Madrasah Saqif di Thoif, Arab Saudi. Pengajian terakhir beliau adalah di Darul Ulum yang mana beliau telah berjaya memperolehi sijil A’ala dan menamatkan pengajian di peringkat yang tertinggi tersebut. Setelah hampir 20 tahun di perantauan, beliau kembali ke tanah air.
  Sekembalinya Tuan Guru ke tanah air, beliau berhasrat untuk mengembangkan ilmunya dan menabur bakti kepada masyarakat. Berbekalkan keyakinan dan semangat serta sokongan padu daripada keluarga, Allahyarham Tuan Guru berjaya menubuhkan Sekolah Rendah Islah di Bohor Mali, Perlis pada tahun 1980.
  Atas kesedaran yang diberikan oleh Allah S.W.T maka lahirlah hasrat untuk mewujudkan sebuah pusat pengajian untuk melahirkan penghafal-penghafal Al-Quran yang semakin hari semakin berkurangan.
  Pada mulanya pengambilan pelajar MTANS hanya terbuka kepada pelajar lelaki sahaja. Pada tahun 1999 MTANS mengambil inisiatif untuk menukar pengambilannya hanya kepada perempuan. Hal ini kerana memandangkan ketiadaan Maahad Tahfiz khas untuk pelajar perempuan di Negeri Perlis. Sehingga kini MTANS merupakan institusi tunggal bagi Aliran Tahfiz Quran khusus untuk perempuan di Negeri Perlis.
  Semoga dengan apa yang dilakukan oleh Allahyarham Tuan Guru akan diganjari oleh Allah SWT dan menjadi salah satu amalan kekal dan pahalanya diganjari Allah SWT sehingga Hari Kiamat. Dengan bakti ikhlas yang dicurahkan oleh Allahyarham Tuan Guru akan menjadi cahaya dan benih yang memancar dan menambahkan kebaikan untuk diri sendiri dan masyarakat.
  Harapan Allahyarham Tuan Guru tidak berubah iaitu mengekalkan Maahad Tahfiz demi membentuk dan melahirkan generasi huffaz yang berwibawa yang mampu menghayati Islam berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah serta melahirkan pelajar yang berjiwa ulamak, intelek, bertaqwa dan beramal.
“…..Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Roh Allahyarham Tuan Guru dan isterinya Allahyarhamah Hajah Zainab”. “Al-Fatihah…..,”.
TARGET
Setiap pelajar yang telah tamat menghafaz 30 juzuk dan mengulang akan diuruskan oleh pihak sekolah untuk menyambung pengajian atas persetujuan waris. Pelajar disarankan untuk memasuki Sek. Men. agama bagi persediaan mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sekiranya mendapat keputusan yang baik, pelajar berpeluang untuk melanjutkan pendidikan ke Universiti atau kolej tempatan atau luar Negara.
AKTIVITI 

1.  Sukaneka tahunan

2.  Khusus Pertolongan Cemas
(Anjuran Jabatan JAIP & Jabatan Kesihatan Malaysia)

3.  Perkelahan di Pantai Merdeka
4. Lawatan sambil belajar




SUMBANGAN YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMBAIKPULIH MTANS

ANGGARAN KOS BAIKPULIH DAPUR
RM 10,000.00



ANGGARAN KOS BAIKPULIH BILIK AIR
RM 20,000.00





ANGGARAN KOS BAIKPULIH KELASPENGAJIAN FARDHU AIN
RM 40,000.00





ANGGARAN KOS BAIKPULIH RUMAH GURU
RM 50,000.00




ANGGARAN KOS BAIKPULIH PADANG PERMAINAN
RM 10,000.00







ANGGARAN KOS BAIKPULIH RUANG MENUNGGU WARIS
RM 5,000.00


PEMOHONAN SUMBANGAN
Bagi memastikan kelangsungan institusi pengajian ini dan kelesesaan para pelajarnya, pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Saadah (MTANS) amat mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan; sama ada zakat, wakaf dan apa sahaja bentuk bantuan.
             Bagi tujuan di atas, pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Saadah (MTANS) menjemput dan mempersilakan pihak Y.Bhg. Dato’ /Tuan/ Puan membuat lawatan ke institusi pengajian Al-Quran dan Tahfiz ini.
Sebarang sumbangan kewangan boleh dibuat atas nama :

MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL SAADAH
Melalui cek / bank draf / tunai / bank-in :
Bank Simpanan Nasional
No. Akaun: 09200-41-00004856-0
Pihak Y.Bhg. Dato’ /Tuan/ Puan boleh berhubung dengan Ustaz Musthafa Kamal bin Ab Lah (Bendahari) untuk sebarang maklumat lanjut di nombor 013-4462805 / 012-4215609 atau 04-9807384.
Sekian. Terima kasih.

Nota :   Sila maklumkan kepada pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Saadah mengenai sebarang sumbangan untuk disediakan resit.
PEMOHONAN SUMBANGAN
Bagi memastikan kelangsungan institusi pengajian ini dan kelesesaan para pelajarnya, pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Saadah (MTANS) amat mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan; sama ada zakat, wakaf dan apa sahaja bentuk bantuan.
             Bagi tujuan di atas, pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Saadah (MTANS) menjemput dan mempersilakan pihak Y.Bhg. Dato’ /Tuan/ Puan membuat lawatan ke institusi pengajian Al-Quran dan Tahfiz ini.
Sebarang sumbangan kewangan boleh dibuat atas nama :

MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL SAADAH
Melalui cek / bank draf / tunai / bank-in :
Bank Simpanan Nasional
No. Akaun: 09200-41-00004856-0
Pihak Y.Bhg. Dato’ /Tuan/ Puan boleh berhubung dengan Ustaz Musthafa Kamal bin Ab Lah (Bendahari) untuk sebarang maklumat lanjut di nombor 013-4462805 / 012-4215609 atau 04-9807384.
Sekian. Terima kasih.

Nota :   Sila maklumkan kepada pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Saadah mengenai sebarang sumbangan untuk disediakan resit.
PENGURUSAN KEWANGAN

Di dalam menguruskan perjalanan operasi institusi ini,) Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Saadah (MTANS) menggunakan sepenuhnya hasil pendapatan daripada yuran pengajian, sumbangan individu, zakat, wakaf, geran dan sebagainya.

Berikut adalah maklumat berkaitan purata pendapatan dan perbelanjaan Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Saadah (MTANS) di dalam 1 bulan :


SISTEM PENGAJIAN

Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Saadah (MTANS) mengamalkan sistem pengajian Kelas Tahfiz dan juga Kelas Fardhu Ain.









Kelas Fardhu Ain
Kelas Fardhu Ain diadakan sebanyak 2 kali seminggu (Ahad & Rabu). Ia dibahagikan kepada 4 kelas mengikut kelayakan dan tahap pendidikan pelajar.


PENGURUSAN PELAJAR

Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Saadah (MTANS) dalam satu-satu masa mengekalkan jumlah pelajarnya seramai 50 orang dan berasal dari seluruh Malaysia dan Thailand.
           Memandangkan kepada status keluarga pelajar yang kebanyakannya adalah berpendapatan rendah dan sederhana, yuran yang dikenakan adalah amat murah jika dibandingkan dengan kemudahan-kemudahan yang disediakan di sini.
           Yang istemewanya di sini, beberapa orang pelajar adalah terdiri daripada anak-anak yatim piatu. Mereka diberikan peluang berlajar tanpa sebarang yuran.

OBJEKTIF


JAWATANKUASA SEKOLAH


PENGENALAN
Pandangan Hadapan Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Saadah (MTANS)

Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Saadah (MTANS) merupakan sebuah institusi pendidikan Islam swasta (Sekolah Agama Rakyat), berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri Perlis.
              Institusi ini ditubuhkan pada tahun 1990 bagi memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk mendalami ilmu Al-Quran. Pengasasnya adalah Allahyarham Tuan Guru Haji Abdullah bin Hussien.
              Pertama kalinya, institusi ini dimulakan dengan pengambilan pelajar lelaki. Pengambilan pelajar hanya kepada perempuan sahaja dimulakan pada Jun 1999 memandangkan ketiadaan institusi seumpama itu di Negeri Perlis. Kini, MTANS merupakan satu-satunya institusi pengajian Al-Quran dan Tahfiz khusus kepada golongan perempuan di Negeri Perlis Indera Kayangan.

Blog ini disediakan bertujuan mengutip sumbangan dan derma bagi membiayai kos pengurusan Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Saadah. Moga dengan sumbangan ikhlas yang dihulurkan bakal digandakan ganjarannya oleh Allah SWT.