Thursday 20 June 2013

PENGENALAN
Pandangan Hadapan Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Saadah (MTANS)

Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Saadah (MTANS) merupakan sebuah institusi pendidikan Islam swasta (Sekolah Agama Rakyat), berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri Perlis.
              Institusi ini ditubuhkan pada tahun 1990 bagi memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk mendalami ilmu Al-Quran. Pengasasnya adalah Allahyarham Tuan Guru Haji Abdullah bin Hussien.
              Pertama kalinya, institusi ini dimulakan dengan pengambilan pelajar lelaki. Pengambilan pelajar hanya kepada perempuan sahaja dimulakan pada Jun 1999 memandangkan ketiadaan institusi seumpama itu di Negeri Perlis. Kini, MTANS merupakan satu-satunya institusi pengajian Al-Quran dan Tahfiz khusus kepada golongan perempuan di Negeri Perlis Indera Kayangan.


No comments:

Post a Comment